Tuesday, 7 October 2014
Cuba bayangkan ..
6 pagi kita bangun solat subuh , kemudian kita bersiap siap untuk ke tempat ofis .. Jam 7 pagi , hari masih gelap .

Mungkin kita anggap hari nak hujan , so abaikan ..
Masuk ofis , buat kerja apa yg patut then tengok jam , 9 pagi sudah time nak pergi breakfast .
Keluar pintu ofis , suasana masih gelap , hitam pekat mcm malam .. Mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi .. kita pun abaikan je .
Tapi , kalau jam 12 malam pun hari masih gelap ..
Apakah petanda itu ??
Keesokan pun sama . Buka tv , semua kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada siangnya lagi .. Dan begitu juga dgn lusa
Masih lagi tiada matahari .. Tetapi pada hari keempat , kita bangun pagi , kita dapat melihat matahari .. Tetapi .. jangan terkejut kerana matahari itu telah terbit dari Barat ..
Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam .. Tapi , sedarkah kita itulah petanda besar yg paling awal sebelum tibanya hari Kiamat !!!
Maka tertutuplah pintu taubat .. Yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup ..
Saat itu , kita akan lihat satu fenomena luar biasa dimana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan . Golongan yg tidak pernah baca Quran , 24 jam baca Quran . Golongan yg tidak pernah solat jemaah akan berlari lari menunaikan solat ..
Golongan yg tak menutup aurat , segera bertudung labuh . Tapi ..
Sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi ..

Starts from now on , Let's turn to Allah
He's never far away ..
keep your trust in Him .. Raise your hand and pray ..

*Allah panjangkan umur kita sehingga hari ini supaya kita sempat BERTAUBAT
Saturday, 22 February 2014
Jom Jadi Gembira
Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.
Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.
Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang lain.